semua sedia maklum , hari ni hari raya aidiladha untuk semua umat islam diseluruh dunia . Alhamdulillah . aku maseh berkesempatan untuk menyambut hari raya ini sesisi keluarga yang tercinta . cuma , aku beraya kat puncak alam aja grrr -.-'' . ya lah , kampong aku kat kelantan . tak cukup 3 hari . sekurang-kurang nya kena seminggu kalau balek :D
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ikhlas dari saya untuk semua umat islam .
Labaikallah humma labaika . Labaikallah syarika laka labaika . Innalhamda wani’mata . La ka Wamulkalla , syarikala
Seringkali kita mendengar laungan tersebut yang memuji kebesaran Allah pada setiap kali tibanya musim haji iaitu pada bulan Zulhijjah. 10 Zulhijjah pula adalah hari di mana seluruh umat Islam di serata dunia menyambut hari kebesaran Aidiladha atau Hari Raya Qurban sebagai satu hari yang peristiwanya satu masa dahulu patut bukan sahaja diingati dan difahami malah mesti diamati dan dihayati supaya kita benar-benar dapat menyingkap maksud aidiladha itu sendiri.
Hari raya haji atau hari raya Qurban, mengingatkan kita erti sebenar pengorbanan. Pengorbanan tak semestinya dari segi material, wang ringgit tetapi usaha, keringat, akal serta doa juga satu pengorbanan. Di sebalik kisah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s adalah simbolik kepada pengorbanan. Pengorbanan yang lebih bermakna adalah kerana Allah SWT.
saya menyeru serta mengingati diri saya sendiri dan anda bermuhasabah diri sempena hari yang mulia ini. Mohonlah keampunan di hari raya ini. Gunakan kesempatan 3 hari yang dibenarkan bertakbir ini sebaik mungkin. Saya dan anda, manusia tak lepas dari lalai dan leka walau hanya seketika. InsyaAllah, moga kita mendapat rahmat daripada-Nya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ikhlas dari saya untuk semua umat islam .
* assalamualaikum .